Sebelum berhijrah ke kota macet ini, pelbagai nasihat yg diterima yg paling popular " sebaiknya dimana suami berada disitulah isteri kena ada". Seolah-olah signal dari Tuhan ikut suami berhijrah adalah yg terbaik.
Tapi disebabkan masih belum memohon visa Sosio Bud, jadi dalam tempoh 30 hari, kena beli tiket balik Malaysia. Untuk rakyat Malaysia, sebaik sampai di imigresen Indonesia automatically kita akan dapat cop izin tinggal selama 30 hari. Sekarang ni sebulan dua masih berulang alik diantara Jakarta KL, sementara tunggu KITAS suami siap, barulah boleh sponsor visa aku. Hehehe. Sesiapa yg berminat nak tahu ttg Visa sosio budaya, kitas boleh refer www.kbrikualalumpur.org .Banyak info berkaitan visa untuk rakyat malaysia ke sana especially kalau ikut suami atas urusan kerja, ataupun untuk student yang nak belajar di sana.
Terlupa pulak nak cerita, encik suami bekerja di Jakarta dah hampir 3 tahun. Itulah sebabnya aku turut berhijrah ke sini. Di sini aku kepilkan foto sekitar Jakarta.
Post akan datang... I'm pregnant Alhamdulilah
Photo credit - Mr Google
Blok M Mall, kat sini kedai- kedainya macam mall kat Malaysia, Chatime pun ada.
Photo from my personal album- suasana jalan kawasan kosan (rumah sewa) saya.
Photo credit - Mr Google
ITC Permata Hijau- Shopping barang- barang runcit kat sini lah di Jln Kebayoran Lama
Photo credit - Mr Google
Dataran Monas, belum sampai lagi tapi ini merupakan salah satu mercu tanda Kota Jakarta selain dari macet yg amat sangat.
Photo credit - Mr Google
Kat sini ada pasar basah, harga barang basah kat sini amazingly murah banget,
Pasarnya betul2 kat tepi jalan yg macet.
Photo credit - Mr Google
Ni Pasar Pisang, ada juga jual buah buahan lain mcm epal, jeruk (limau), atau buahan tempatan, sekitar 20-25ribu sekilo. Buah salak mmg byk kat sini.
Photo credit - Mr Google
Nilah Pasar Pisang yg femes kat sini, sebut je pisang apa semua ada, tinggal tunjuk je dan hulur duit.
Photo credit - Mr Google
Kat Jakarta pun ada Giant. Nilah mall pertama yg saya dan suami singgah, kat atas Plaza Semanggi ada tempat makan namanya Solaris, harga makanan ok lah standard kl, tp view boleh nampak kota Jakarta.